waktu choii


Get your own Digital Clock

Monday 21 March 2011

          Aku xtau nape aku  suka sgt akan lagu aizat yg brtajuk SUNGAI LUI,,,firstly aku dgr lagu nieee melalui laptop azam dekat sk ulu yam baru2 ini...balik jee dari sana aku terus dengar,mendengar dan mendengar...xpernah rasa boring,bosan,jemu dan seadanyaa...aku  sangat suka akn liriknyaaa...muziknya pon aku suka leh dikatakan 100% aku suka...aku sdg buat blog niee pon aku dengarnya lagi....hari niee sahaja aku xtau brapa kali dah aku dgr....xkira hari yg lepas2nyaaa....xterkira rasanyaaa....hahhahahah...nie la lagu melayu yg aku paling suka skali walaupon aku niee minat misha omar pon aku xda dgr lagunya cam nieee...ada jga rasa bosannya tp bila dgr lagu aizat niee...aku akan rasa tenang,kecewa,happy,teringat masa lalu,,ketawa,suka-suka,,dan seadanya....liriknya tuuuu rasa cam btul2 hidup dalam dri aku.."pejamkan matamu untuk ku dengar lah dunia berkata kata usah kau ragu disni tempatmu"..sebagai seorg kwn aku ingin menjadi sebaik ini tp aku xberdaya...aku dah cuba tuk buat yg terbaik tp aku rasa cam masih xmencukupinya lagiiii.....aku ingin jadi;; bila jee kwn aku tutup mtanya dia terbayang-bayangkan aku...eheheh itulah kwn sebenarnyaaa...tp??????????????
."walaupon berubah dimata kita tetap indah selagi kau masih percaya"....aku inginkan seorg kwn yg boleh mempercayai aku....dan aku pon leh mempercayainyaaa tp???????
"ketawa kecewa terpisah jalan yg lurus kian berhalang".....aku inginkan semua ini,,tuk dijadikan kenangan dan aku percaya walaupon serapat mana pon kita akhirnya akan terpisah jgk tp????????
yg paling penting skali"selagi kau masih percaya"....digabungkan semua.....aku nak ckp aku tetap aku...dari dulu hingga sekarg niee adalah diri aku yg kau knl dahulu.....lau boleh aku nak jadi kwn terbaikmu...tp yg aku mengharapkan dari kau hanya "kau masih percayakan aku"....walaupon dunia berkata-kata tp kau masih juga percayakan aku....inilah yg aku nak.....selagi kau masih percaya...

Tuesday 15 March 2011

hATi & PeraSAan

             Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

            Kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

              Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

            Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati  tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila  teramatkan rindukan seseorang sehingga  ingin menggapainya dari mimpi kita dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.

             Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia. Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang.Jika kita rasa ianya menyakitkan kita, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.kadang kala kita juga harus ada perasan jangan hirau apa orang kata.

           Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

             Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
            Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis.

Thursday 10 March 2011

TIP-TIP mulut choiii

1)Sakitkan hati org
2)bercakap kena fitnah2
3)las skali kena lontar taik kat org....
4)jgn buat yaaa